
intan89i
4 tahun
Misscarriage tapi tidak pasti
saya ad mslaah period tidak tentu kerana saya masih lgi breastfeed… sy last period bulan 4/12/2020… syaa dgn suami merancang sendiri dan cuba untuk ad anak pada bulan 2… mula2 x syak mngandung tp pada 3.3 saya check upt positif tp msih samar … check lagi selepas 4 hri masih kabur tpi lebih pekat… mase nk buat buku doktor sahkn sy kemungkinan mngndung luar rahim… jdi refer ke hospital… 3 kli temujanji second time 29.3.2021 doktor sahkan saya magndung 5mggu 2 hri (transvaginal scan)… dokto bg saya masa lagi 2 mggu… tp pada 14.4 doktor kata kantung n jnin x mmbesar… saya disahkan misscarriage tnpa apa2 penerangan… soalan saya untuk kes nii adakah peluang untuk baby sy hdup atau sememangnyaa ggur sbbb massa check kantung jdi samar2… 26.4 sy sudah diminta untuk msuk wad untk process d&c

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, seharusnya, pada kehamilan yang normal di minggu pertama sehingga kelapan, hal berikut seharusnya telah terjadi:
- Placenta mula terbentuk. (Plasenta ini yang dikenali sebagai kantung)
- Otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
- Tisu-tisu yang akan membentuk jantung mulai berdenyut. Justeru, denyutan jantung boleh dikesan dengan ultrasound pada seawal 6 minggu kehamilan.
- Mulai tumbuh benjolan yang akan membentuk anggota tangan dan kaki.
- Mata, telinga, dan hidung mula berkembang. Kelopak mata terbentuk, tetapi tetap tertutup.
- Alat kelamin mulai berkembang.
- Menjelang akhir minggu kelapan, semua organ dan sistem badan utama telah mula berkembang.
Justeru, jika dari scan mendapatkan kantung tidak membesar, hal ini bermakna bahawa terdapat masalah pada pembentukan janin anda. Justeru, biasanya pihak hospital menjarakkan temujanji seterusnya selama beberapa minggu dengan tujuan agar dapat mendeteksi pertumbuhan dan perkembangan janin untuk sekiranya perkembangan janin anda lambat daripada normal (lebih 6 minggu).
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, disebabkan kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang keputusan scan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tentang keguguran anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.