
Sulit
4 tahun
Missed miscarriage but not symptoms
Hi Doctor. Im 22 y/o and pregnant 10w 3days. Last week, i went to checkup at klinik ibu anak. And found out baby dh tak ada heartbeat. Baby size 8w 5days. That time i sepatut nya 9w 3 days. Kk refer to hospital. Scan still no heartbeat. Doctor kata maybe missed miscarriage. But doctor still bg 2 weeks. Doctor takut baby still ada since i tk ada any tanda tanda miscarriage. And pembesaran baby delay a few days. Last night, i ada spotting sedikit. I prgi scan dkt nearest clinic. Dia scan, baby membesar 9w 4days. Delay a few days juga. Tp masih tiada heartbeat. I kena tunggu another 1 week untuk scan di hospital pula. Tapi doctor, betul ke saya missed miscarriage? Sedangkan baby membesar tp tiada heartbeat. Apa masalah sebenarnya ya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang missed miscarriage.
Melihat keterangan anda berikan, silent miscarriage atau missed miscarriage biasanya didiagnos melalui pemeriksaan ultrasound, pemeriksaan klinikal dan ujian kehehamilan. Setelah doktor diagnos seseorang dengan silent miscarriage, Doktor memerlukan dua minggu lagi untuk mengesahkan perkara berikut. Selain itu, tempoh dua minggu ini juga dijangkakan akan berlakunya keguguran secara spontan. Dalam tempoh tersebut,ini merupakan tanda tanda keguguran berlaku :
- Pendarahan
- Sakit di bawah perut atau kawasan rahim
- Kontraksi rahim
- Keluar janin atau darah berketul
Sekiranya anda benar-benar mengalami miscarriage, tiada lagi pembesaran bayi berlaku di dalam rahim. Untuk memastikan perkara ini, saya menasihatkan anda untuk meneruskan temujanji bersama doktor pada minggu hadapan untuk melihat keadaan sebenar. Saya tidak boleh memberikan ulasan lanjut tanpa pemeriksaan fizikal.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.