
Durrah
6 tahun
Mohon maklumbalas tentang haid berpanjangan ini
Dr. mohon maklumbalas: saya telah datang haid berpanjangan seperti berikut
19 - 30 Dis saya datang haid selama 12 hari kemudian saya suci dari 31 Dis - 2 Jan. Saya datang semula haid pada 3 hingga 12 Jan 2018. Saya suci dari 13 hingga 20 Jan. Semalam 21hb keluar lendiran darah seperti tanda mahu keluar haid semula. Semasa buang air kecil tompokan lendiran keluar lagi namun belum banyak keluar seperti darah haid. Mohon maklumbalas Dr, saya inginkan pandangan lanjut di pihak Dr

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Perdarahan haid yang berpanjangan atau menorrhagia merupakan salah satu kondisi yang sering dialami oleh warga wanita terutamanya warga perempuan yang masih subur. Perdarahan haid yang berpanjangan biasanya didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebih 7 hari. Di bulan Disember anda telah mengalami perdarahan selama 12 hari dan dibylan Januari anda mengalami perdarahan haid selama 10 hari. Justeru itu, anda sedang mengalami perdarahan paid berpanjangan.
Tanda-tanda gejala haid yang berpanjangan termasuk pelimpahan dari pad, penggunaan dua pad sekali, penukaran pad wanita beberapa kali sehari, ketulan darah yang banyak serta anaemia (kekurangan darah). Orang yang mengalami anaemia boleh mengalami tanda-tanda seperti mudah letih, muka pucat, sesak nafas dan sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal. Punca-punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana selaput dalam dinding rahim telah tumbuh di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah serta imbasan ultrasound untuk mengenalpasti punca kepada masalah anda.