
Sulit
3 tahun
Mood senang berubah, cepat marah, cepat sedih, terlalu gembira, rasa kosong, self harm
Saya remaja berumur 18 tahun. Sejak 3 tahun kebelakangan ini mood saya cepat berubah. Dlm masa sehari saya boleh gembira dan murung. Dalam sebulan boleh kata separuh bulan saya gembira dan rasa bertenaga separuh bulan saya rasa cepat sedih kadang sampai murung dan saya rasa sakit sebab jiwa saya rasa kosong time tu. Dlm waktu saya sedih tu ada masa saya sampai boleh toreh tangan saya sendiri. Dah 4 kali saya buat macam tu. Saya tahu benda tu salah tapi time tu saya rasa saya tak dapat kawal diri saya. Sejak kebelakangan ini juga saya senang rasa marah, gelisah dan sedih. Saya tak tahu kenapa saya jadi mcm tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti penyakit bipolar, stress, kegelisahan, kemurungan, penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon) dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.