
Sulit
5 tahun
Mood setiap hari tak stabil, hilang minat semua aktiviti
Sy berumur 31, sy mempunyai 3 orang anak. sy dah lama sakit. Pernah malam tidak boleh tidur, tidur ada gangguan, tidur kadang-kadang ditindih, mimpi buruk. Dulu sy boleh drive, sekarang sy langsung tidak boleh drive. Adakah disebabkan hormon tidak stabil boleh jadi macam ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mood tidak stabil sehingga hilang minat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- masalah endokrin/ hormon
- insomnia
- kemurungan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.