
Anonymous
5 tahun
Morning pill postinor
Doktor, sy berumur 25 tahun dan baru berkahwin 3 bulan, Sy ada bersama dgn suami dan keesokkan paginya sy telah menelan pil postinor dlm masa 24 jam tetapi terlupa utk 1 pil seterusnya. Adakah chances utk sy mengandung tinggi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 berfungsi dengan efektif pada kadar 85% dalam mencegah kehamilan. 95% kadar efektif dalam mencegah kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan seksual tanpa perlindungan.
Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan seks yang tidak dilindungi. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Anda boleh anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan kepastian tentang keperluan anda mnegambil kontraseptif tambahan. Terima kasih.