
Sulit
5 tahun
Morning sickness yang teruk
Saya wanita berumur 25 tahun sejak mengandung anak pertama ini saya kehilangan selera makan…hanya air putih sahaja yang boleh masuk ketekak saya…apakah langkah yang boleh saya ambil…untuk masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, morning sickness sewaktu kehamilan terjadi akibat peningkatan hormon beta hCG. Apabila anda mengeluhkan morning sickness yang berlebihan, adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan konsultasi doktor. Hal ini kerana terdapat persoalan tambahan yang perlu ditanyakan bagi membezakan morning sickness dan masalah lain yang terjadi. Antaranya:
- Secara purata berapa jam anda berasa mual atau perut tidak selesa dalam sehari?
- Secara purata, berapa kali anda muntah dalam sehari?
- Secara purata berapa kali anda berasa isi perut menaik tetapi tidak keluar muntah?
Seandainya morning sickness yang dialami adalah tidak berlebihan, terdapat beberapa jenis ubatan over the counter yang boleh diambil seperti vitamin B6. Akan tetapi, dosis ubat serta ubat tambahan perlu diberikan sesuai preskripsi doktor ataupun konsultasi ahli farmasi memandangkan kehamilan tidak memungkinkan anda untuk mengambil ubat secara sembarangan kerana dikhuatiri risiko ubat terhadap bayi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih