
Sulit
3 tahun
Mslh sakit dada sukar bernafas
Saya lelaki berusia 49 tahun…kerap sesak nafas hampir 3 bulan,dada rasa sempit dan sakit kepala…huat swap melalui hidung negatif cuma sebwlum ni saya perokok tegar…dan dah berhenti skrg dalam 2 mgu ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kerap sesak nafas, dada sempit dan sakit kepala boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit sistem pernafasan seperti COPD, keradangan dan lain
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung iskemia
- Jangkitan (virus lain, kuman atau kulat)
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.