
syawalluifitri
5 tahun
Mual dan pening kepala
Saya lelaki berumur 18 tahun dan sejak minggu lepas saya sering berasa mual dan pening kepala. Ketika berdiri dan termenung kepala saya seperti terumbang ambing dan membuatkan saya hendak jatuh tumbang. Manakala selepas makan ataupun ketika perut kosong , saya akan merasa mual yang teramat sangat. Kadang selepas bangun tidur , badan terasa penat dan kepala begitu pening. Itu membuatkan saya berasa malas untuk pergi kerja. Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Masalah vertigo
- Masalah tekanan darah rendah
- Masalah kurang darah
- Masalah saraf yang menyebabkan hilang keseimbangan
- Masalah kurang gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.