
m.fareed1100
5 tahun
Mual,sakit perut sikit,cirit birit
Saya lelaki berumur 15 tahun merasa mual mual yang kerap dan sakit perut juga semalam saya cirit birit.adakah ini petanda asid perut lemah ataupun sebagainya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastritis
- Irritable bowel syndrome; usus tidak selesa
- Radang Usus; Inflammatory bowel disease
Memandangkan anda sudah mengalami masalah ini buat beberapa ketika, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.