Sulit
5 tahun
Mual setelah minum air pepsi
Saya wanita berusia 29 tahun dan mengalami mual dan muntah setelah minum air pepsi. Sebelum ni sya pernah minum air pepsi tetapi tidak pernah mual dan muntah. Apa kah penyebab utama situasi saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, minuman berkarbonat dapat menyebabkan berkurangnya fungsi otot sfingter esofagus sehingga menyebabkan isi perut yang bersifat asid naik keatas dan menimbulkan gejala seperti mual dan muntah. Hal ini biasanya terjadi pada pesakit yang sudah mempunya gastritis (gastrik) dan juga GERD. Justeru, mulai kini anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan minum berkarbonat seperti Pepsi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























