
Sulit
3 tahun
Mudah lupa sejak dari usia remaja sehingga sekarang
Saya seorang perempuan berusia 26 tahun berasal dari Hulu Langat, saya mengalami masalah short term memory yang telah mengganggu produktiviti kerja saya. Kalau dulu saya ingatkan saya ni memang seorang yang pelupa sejak di bangku sekolah lagi tapi masalah pelupa saya menjadisemakin teruk apabila saya sudah bekerja. Saya cuba atasi masalah ini dengan joting down anything that happen atau needed to be done, tampal sticky note tapi kadang2 saya boleh lupa kenapa saya jot down perkara tu.
Saya jadi sangat malu apabila majikan dan officemate atau clients terpaksa ulang2 arahan atau pesanan mereka kepada saya kerana saya asyik lupa walaupun arahan/pesanan tu tak sampai 10 saat lepas mereka bagi. Kertas2 yang saya baru ambil tak sampai seminit pun saya boleh lupa saya ambil di mana. Apa yang saya patut buat selain dari sudut agama yang mensarankan utk makan kismis dan membaca Al-Quran? Sebab saya dah habis ikhtihar tapi masih belum jumpa solution.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kekurangan rehat
- Masalah tiroid
- Stres atau tekanan
- Masalah psikologi
- Anemia (kurang darah merah di dalam baran)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.