
nhfk95
5 tahun
Mudah penat dan tak tidur malam
Ibu saya berumur 58 tahun…dia mmg mempunyai masalah asthma…namun kebelakangan ini dia terlalu mudah penat sehinggakan tidak boleh berjalan dan berbergerak dia hanya boleh duduk…sekiranya dia berjalan dia akan menjadi penat dan semput dan apanila dia duduk setelah 5 minit barulah dia lega… bila pergi berjumpa dengan doktor ,doktor kata angin dan asthma sahaja… jadi doktor boleh tolong bantu saya mencari penyelesaiannya…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sel darah merah rendah
- sakit sendi
- jangkitan virus
- komplikasi asma seperti kegagalan untuk bernafas (respiratory failure)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.