
mkamarulzamanm
5 tahun
Mudah penat loya dn mengantuk
Saya remaja berumur 23 tahun … saya mudah lelah penat bila buat kerja … ketika lelah buat kerja saya rasa mual rasa ingin muntah kenapa ye doktor ? Dan sering mengantuk … ketika saya duduk tidak buat kerja pon badan lesu loya mengantuk kenapa ya doktor ? Di sebabkan anemia kurang darah ke ? Dan apa bila saya makan ada makanan yang saya tak boleh makan seperti berkabonat atau yg berkaitan dgn angin seperti lada cili kenapa ya perut saya jadi sebu dan loya2 ???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami ini bersifat sangat general yakni gejala yang anda nyatakan boleh menjadi simptom kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah:
- Saluran darah yang kurang ke tisu badan
- Masalah metabolisma
- Jangkitan atau masalah keradangan organ
- Kurang tidur dan masalah psikologi seperti: tertekan, murung serta kebimbangan
- Kurang zat ataupun nutrisi
- Anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.