Sulit
4 tahun
Mudah stress dan marah
Doktor, saya berusia 40tahun dan berkerja di sektor swasta. Sejak akhir-akhir ini, saya mudah stress dan mudah marah. Saya sering tak berminat untuk bercakap atau berbincang dengan pasangan saya. Saya juga merasa sudah tidak berminat untuk berkerja. Adakalanya saya rasa hendak lari dari semua perkara dan orang disekeliling saya. Adakah benda ini serius ataupun hanya perkara biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda terangkan tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, kecelaruan personaliti dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah ini, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders dengan talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.


























