
Sulit
4 tahun
Muka alami masalah purging dan iritasi
Saya berumur 33 tahum,dari dulu saya memang guna skincare dari local produk,sejak penggunaan facial mask waktu pendemik covid19,muka saya mengalami masalah naiknya jerawat di sekitar dagu dan leher,saya telah cuba bermacam-macam cara dan akhirnya sekarang ni saya menggunakan produk Dr Morita yg mengandungi HA…kulit muka saya sebelum ni berminyak dan sensitif…adakah produk yang mengandungi HA saya perlu berhentikan atau saya perlu teruskan,boleh tak doktor bantu saya apa langkah-langkah yang perlu saya lakukan sekarang

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- penggunaan produk yang mengiritasi kulit
- dan lain-lain
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bagi menghilangkan kehitaman tersebut, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Namun, walaupun kajian mendapati bahawa produk-produk tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri, ada yang berkemungkinan tidak sesuai buat kulit anda - seperti menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, Maka elakkan atau berhenti dari pemakaiannya serta merta sekiranya ia memberikan kesan sampingan pada kulit.
Justeru saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan kulit yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.