
Sulit
4 tahun
Muka berasa gatal dan ada bekas
Muka saya berasa gatal selepas berapa hari sudah sejak picit jerawat muka lepas tu mula gatal dan timbul bekas dan kemerahan tempat tersebut

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal seperti:
- Alahan akibat tindak balas picit jerawat
- Jangkitan kulat semasa memicit jerawat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.