
Sulit
4 tahun
Muka dan tangan rasa kebas
Hi, dc. Saya umur 20thn,
Muka dan tangan saya ada rasa kebas2,rasa kebas hilang dalam masa 10 minit. Tapi, muka dalam keadaan ok, tidak senget. Berlaku dalam 2-3 Kali dalam 1 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami .
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda:
- Transient ischemic attack; di mana seseorang itu mendapat serangan strok sementara dan pulih setelah seketika
- Bell’s palsy
- Masalah saraf
- Ketumbuhan di dalam kepala atau leher
- Masalah neurologi seperti sindrom Guillain-Barre
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk mengenal pasti masalah kebas anda.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Hal ini memerlukan perhatian doktor kerana kami bimbang ia berpunca daripada sesuatu yang serius. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa doktor dengan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.