
Anonymous
6 tahun
Muka dipenuhi dengan jerawat
Saya umur 14 thn wajah penuh dengan jerawat nak hilangkanpun susah sangat saya dh beli pencuci muka semua tpi wajah saya tetap sama dan tidak pernah hilang. Macam mana saya nak hilangkan jerawat1?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Salah satu komplikasi masalah ini ialah ia akan menyebabkan parut pada kulit. Sebelum menangani masalah parut, kita perlu mengurangkan pembentukkan jerawat.
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya jerawat.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.