chegusuemuhamad
5 tahun
Muka kejang selepas menangis
Doktor,saya telah menangis dengan teruk dan saya percaya saya dalam tekanan perasaan yang teramat.mata saya bengkak,dan saya tidak ada langsung selera makan.selepas menangis,saya dapati tulang pipi saya sangat sakit dan rasa otot muka saya seolah-olah terjatuh.rasanya sangat tidak selesa.apa perlu saya lakukan,doktor?
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan
Saya ambil maklum bahawa anda kini mengalami masalah tekanan perasaan dan menangis yang mana menyebabkan otot muka anda berasa sakit.
Untuk mengelakkan masalah ini, anda hendaklah mengawal emosi dan kurangkan menangis.
Untuk makluman anda,terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tekanan seperti:
- Boleh bercakap dengan kawan baik atau ahli keluarga tentang masalah yang dialami oleh anda untuk mendapatkan nasihat daripada mereka untuk mengatasi isu anda
- Anda juga boleh bercakap dengan counsellor sekiranya anda tidak yakin untuk mengkongsi masalah anda dengan orang lain
- Anda boleh pergi bercuti dengan keluarga/kawan baik untuk menenangkan rasa tekanan
- Mengalihkan perhatian anda apabila emosi terganggu ataupun mempunyai fikiran negatif dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah/ mulakan hobi baru.
- Dan yang terpenting, jangan pernah lelah untuk berdoa kepada Tuhan.
Jka anda masih rasa tertekan serta mengalami rasa ingin mencederakan diri, sila datang ke klinik dengan segera bagi mendapatkan bantuan. Anda akan dirujuk kepada pakar kesihatan mental untuk bantuan dan rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.




































