
Sulit
3 tahun
Muka naik banyak Whitehead Dan ada juga beberapa Blackhead..whitehead Dan Blackhead ni sangat degil
Muka saya penuh dengan whitehead dan ada beberapa biji blackhead.saya telah mencuba pelbagai cara dan produk akan tetapi tidak berjaya.apakah produk yang sepatutnya dan perkara yang saya perlu elakkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan muka yang kurang memuaskan
- Kulit terdedah kepada bahan kimia yang kuat
- Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
- Jangkitan pada kelenjar minyak
- Muka berminyak
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat mengesyorkan rawatan atau produk yang sesuai tanpa mengetahui maklumat lanjut dan membuat pemeriksaan terhadap anda terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.