Sulit
3 tahun
Mukus di belakang hidung
Saya berumur 19 tahun dan beberapa hari lepas saya mula rasakan mukus di belakang hidung dan tekak. Saya dapat rasakan darah dalam mukus tersebut tetapi tidak dapat dikeluarkan akibat tersekat di belakang hidung dan tekak (ia tersangkut di antara hidung dan tekak). Akibat daripada itu, bahagian dalam hidung saya berasa pedih. Saya juga pernah membuat pembedahan sinus beberapa tahun yang lepas. Selain itu, saya alami telinga tersumbat yang kerap setahun selepas pembedahan tersebut. Adakah masalah ini berkait dengan pembedahan saya yang lepas?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Selalunya, gejala telinga tersumbat juga boleh menandakan inflamasi atau jangkitan kuman yang terdapat pada kawasan hidung atau sinus yang tengah mengalami keradangan. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang telah melaksanakan pembedahan tempoh lalu, bagi memastikan jika terdapat sebarang komplikasi rawatan atau penyebab yang lain seperti jangkitan kuman agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan.
Hidung & telinga tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.