Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Sy lelaki 30… Kenapa saya sering sakit gigi hingga dalam terlinga hingga smpai ke kepala terasa sakit saya tak tahu punca sakit ni datang dri mana… Boleh Doktor jelas kn pada saya…masalah yang saya hadapi datang nya dri mana… minggu lepas belah kiri… Hari ni pulak belah kanan… Adekah sakit yang saya alami ini berbahaya,berisiko… Baru2 ni leher saya benkak bahagian dalam tekak… Doctor dh bagi antibiotik… Adakah ini punca nya…
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah masalah yang lazim berlaku dan selalunya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai punca sakit kepala, telinga dan gigi anda kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Namun, sekiranya anda juga mengalami masalah seperti yang berikut, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Antaranya:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.