
Sulit
4 tahun
Mula kegatalan setelah menggunakan toner . Muka jadi kemerahan Dan kasar seperti bintik bintik kecil gigitan nyampuk hingga ke leher
Saya wanita berumur 19 tahun. Pertama kali Saya menggunakan toner yang berlainan pada wajah Saya , muka Saya terus gatal di bahagian rahang pipi Dan gatal .malah muka tampak kasar akibat bintik bintik kecil. Dulu Saya pernah kena tapi kali in tidak teruk . Dulu Mula Saya alami perkara yang sama namun saat itu muka rasa ketat pedih kemerahan Dan gatal.jadi Saya bertanya kepada klinik yang Saya pergi apakah selamat menggunakan cream yang diberikan oleh meraka. Mereka kata ya. Jadi Saya guna, syukur, gatal dan kemerahan hilang. Apa yang patut Saya lakukan? Muka saya masih tampak kasar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Anda mungkin mengalami alahan pada toner yang anda gunakan. Maka, anda harus berhati-hati dalam memilih produk kecantikan pada masa hadapan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang penggunaan krim yang diberi oleh klinik yang anda kunjungi kerana tidak mempunyai maklumat tentang apakah jenis krim tersebut. Untuk maklumat anda, perubahan tekstur kulit selepas alahan adalah normal kerana kulit memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya selepas mengalami keradangan. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan krim yang anda gunakan. Namun, sekali lagi saya jelaskan saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tanpa maklumat yang mencukupi.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.