
Sulit
4 tahun
Mulakan perancang keluarga pada hari ke 4
sya sepatut nya mulakan pek baru pada hari sabtu…tp sya lupa utk membeli pek baru…sya mulakan pek baru pada hari selasa…sya ada mengadakan hubungan bersama suami…tp.sya mengambil postinor 2…adakah kemungkinan sya utk hamil…?mulakan perancang keluarga pada hari ke 4

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan yang diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang kecemasan (postinor 2) yang terlambat selama 4 hari. Untuk makluman anda, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi sekiranya anda tidak mengambil postinor 2 lebih dari 3 hari daripada waktu yang ditetapkan untuk mengambil pill tersebut.
Untuk keberkesanan yang tinggi, pil ini diambil sekurang-kurangnya 24 jam sebelum melakukan hubungan intim bersama suami dan ia mengandungi 2 pil untuk dimakan sekali setiap 12 jam. Namun, keberkesanan pil ini akan berkurang sekiranya pil ini tidak diambil lebih dari 72 jam kerana ia lebih baik jika anda mengambil pil tersebut lebih awal bagi kesan yang maxima.
Kekalkan kesejahteraan rumah tangga anda dengan perancangan keluarga yang lebih efektif
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan yang mandatori untuk mendapatkan perancangan keluarga yang berjaya. Pastikan anda mengikut nasihat dan dos ubat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.