Sulit
4 tahun
Multiple Sclerosis dan pil perancang keluarga
Saya akan berkahwin dan masih mengambil ubat teriflunomide untuk penyakit multiple sclerosis. Selamatkah bagi saya mengambil pil perancang keluarga? Dan bilakah waktu yang perlu diambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda sedang mengambil ubat teriflunomide untuk penyakit multiple sclerosis dan anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil pil perancang keluarga. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penggunaan ubat teriflunomide tidak mejadi satu kontraindikasi untuk penggunaan pil perancang keluarga. Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doctor sebelum mengambil pil perancang keluarga kerana kegunaan pil perancang tidak sesuai untuk semua orang. Sebagai contoh, individu yang mempunyai penyakit kencing manis, hipertensi, dan masalah hati dan jantung tidak patut menggunakan ubat perancang.
Pil perancang terdapat dalam bebrapa jenis dan setiap pil perancang mempunyai kaedah pengambilannya. Oleh itu, sebaiknya ada medapatkan nasihat doktor anda mengenai ubat perancang yang paling sesuai untuk anda dan cara penggunaannya yang betul.
Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



































