Sulit
6 tahun
Multiple subcentimeter mesenteric nodes
Hi Doc, sy wanita dlm 30an, beberapa bulan lalu sy mengalami ketidakselesaan di perut seperti lambat hadam, angin, perut berbunyi air. Telah melakukan upper GI scope & hanya mendapati terdapat erosion dan diberi ubat pantoprazol namun ketidakselasaan masih berlanjutan. Baru2 ini telah menjalani ct scan TAP yang menunjukkan multiple subcentimeter mesenteric nodes. Boleh doc jelaskan hal ini. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mesentric nodes adalah sejenis kelenjar limpa yang berada didalam saluran pencernaan. Untuk memehami lebih lanjut CT scan anda harus dibacakan oleh doktor pakar dalam bidang gastrointestinal.
Secata umum melihat kepada gejala yang sedang anda alami, terdapat sedikit tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan gejala. Hal ini kerana, ubat seperti pantoprazol sahaja tidak cukup. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































