
Sulit
5 tahun
Mulut berdarah dan berbau
Assalamualaikum doktor, saya seorang ibu pada 3 orang anak. Sejak tahun lepas saya sering mengalami gusi berdarah. Saya telah membuat rawatan gigi di klinik kesihatan pada awal tahun ini. Tetapi tiada perubahan. Mulut saya selalu berbau, darah sentiasa ada bila saya menggosok gigi ataupun berlumur. Setakat ni, saya tiada masalah penyakit kencing manis atau darah tinggi. Apakah penyebab lain untuk pendarahan gigi dan bagaimana cara mengatasinya??

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Gingivitis
- Kebersihan gigi yang kurang
- Ubatan
- Teknik flos yang salah
- Berus gigi yang tidak bersesuaian dan mengakibatkan trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.