
Sulit
4 tahun
Mungkinkah kekurangan sel darah merah
Saya lelaki umur 26 tahun… setiap hari saya merasa demam akibat selalu dingin padahal cuaca normal… lepas tu kalau sudah dingin badan terasa panas dan lelah… seluruh badan macam panas… saya nak tanya penyakit apa ya doctor… mungkinkah kurang darah merah… obatnya apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca Demam
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Bagi penyakit kurang darah merah, kebiasaannya tidak memberi gejala demam. Penyakit tersebut menyebabkan gejala seperti sesak nafas, mudah letih, pucat, sakit dada dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Kami memerlukan maklumat seperti durasi demam, gejalan berkaitan seperti menggigil, hilang berat badan, muntah, cirit birit dan macam-macam lagi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.