
Sulit
5 tahun
Muntah banyak secara tiba-tiba
Ibu saya muntah yg banyak secara tiba2…tetapi dia kata perut ok, xde pulak bergelora…tp keluar makanan yg dimakan secara berturut2. Ibu saya ada kencing manis yg terkawal…pastu makanan yg keluar tidak hancur…rupanya dia x kunyah makanan kerana gigi yg ada tidak dpt nak mengunyah…doktor boleh bantu, kalau mknan x hadam,adakah mknan itu bertukar dlm bentuk tenaga, sbb dia selalu rasa lapar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika makanan tidak dihadam, ia tidak akan bertukar kepada tenaga. Walaubagaimanapun, ia bukan perkara yang anda perlu titikberatkan. Anda lebih perlu mementingkan tentang punca ibu anda muntah. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan ubat ubatan
- gastrik
- pening kepala kerana darah tinggi
- ketumbuhan pada perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.