
Sulit
5 tahun
Muntah , cirit birit dan batuk di awal kehamilan
saya wanit berumur 28 tahun… sy bru detect dan cek menggunakan upt dan positif hamil… ape yg membimbangkan sy… skrg sy muntah cirit birit dan batuk… adakah normal? perut sy rse angin nge menolak2… sy cume risaukan kandungan sy… adekah sy bole makan ubat ubat klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Alahan kehamilan
- Hipertiroid - apabila kalenjar tiroid terlebih aktif
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.