Sulit
4 tahun
Muntah, Cirit dan Demam
Hi Doc, anak saya berumur 3 tahun mengalami masalah muntah dan cirit pada malam 23.09.19. najis anak saya berwarna kelabu. sehingga hari ini masih muntah dan mula demam. Saya risau sekiranya ianya tanda awal denggi atau efek dari radiasi. Anak saya ada masalah hypotyroid. Telah membuat scan tyroid di hospital pada 18.09.19.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- jangkitan virus; rotavirus
- demam denggi
- radang usus
- demam biasa
Sekiranya anak puan telah mengalami cirit birit dan muntah sehingga keadaan semakin lemah dan personalitinya sudah berubah. Sila pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.