
syiffa.1998
4 tahun
Muntah dan selera makan putus
Saya kerap muntah dan hilang selera makan. Adakah ini salah satu punca gastrik kerana saya tidak rasa sakit pada ulu hati dan perut melainkan hanya rasa mual dan kerap muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Gastrik refluks
- Akalasia - kerongkong menjadi sempit
- Kesan ubat-ubatan
- Alahan makanan
- Ulser peptik
Terdapat sangat banyak punca kepada muntah dan ianya memerlukan siasatan rapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.