norlinaalan
6 tahun
Muntah dan sukar tidur
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya mengalami masalah muntah-muntah dengan kerap berlanjutan dari Mei 2019. Saya belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Saya juga telah hilang selera makan. Malah saya juga tidak boleh menghidu sebarang bau makanan dan ini akan menyebabkan saya muntah. Saya juga mengalami masalah sukar tidur berlanjutan sehingga 2 minggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Merujuk kepada beberapa gejala yang telah anda nyatakan diatas, kondisi ini boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Gastritis
- Esophagitis
- Batu hempedu
- Insomnia
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih






























