
Sulit
5 tahun
Muntah disebabkan morning sickness
Saya wanita 20an yg baru mengandung anak pertama,saya kadang selalu muntah tapi bila saya muntah itu warne kuning… Sebelum tu saya ada makan ubat folic acid… Jadi saya risau adakah ubat yg saya makan itu sudah diserap atau tidak… Dan perlu ke makan folic acid lagi sekali jika saya muntah warne kuning+pahit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah yang anda alami boleh disebabkan:
- Perubahan hormon ketika mengandung
- Alahan makanan - seperti ikan, susu
- Keracunan makanan
- Asid refluks (gastrik)
Sekiranya anda muntah selepas mengambil asid folik, anda boleh mengambil dos yang baharu kerana kemungkinan asid folik yang diambil sebelumnya tidak diserap sepenuhnya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.