
Sulit
5 tahun
Muntah (keracunan makanan)
Anak lelaki saya berumur 8tahun 2bulan, berat badan 20kg, muntah-muntah, cerit beret… Tak boleh makan dan minum… Pasti muntah, petang tadi sudah bawa klinik Dr bagi ubat muntah, DIMENHYDRINATE SYRUP 15MG, AXCEL KAOPEC Diarrhoea, UphaLyte Oral Rehydration Salts,. Tetapi anak masih muntah, tidak boleh walaupun hanya bagi ubat tahan muntah tersebut… Saya minta masih at Dr untuk bg cadangan ubat atau makanan untuk hentikan muntah… Sebab klu boleh nak elak ke hospital di di saat covid 19 sekarang ni, nak pegi semula ke klinik tersebut hari ini ahad Tutup.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah yang digamkar anda boleh disebabkan oleh keracunan makanan.
Oleh kerana anak anda akan muntah apabila makan ubat tahan muntah dan untuk mengelakkan sebarang komplikasi dehidrasi, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke wad kecemasan agar ubat tahan muntah boleh diberikan secara suntikan agar ianya berkesan. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera di wad kecemasan. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan risiko jangkitan COVID-19 di hospital kerana mereka yang mempunyai gejala COVID-19 akan diasingkan di tempat atau bilik khas terlebih dahulu daripada pesakit lain yang memerlukan rawatan kecemasan. Komplikasi dehidrasi sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.