
Sulit
4 tahun
Muntah-muntah & kepala pening macam nak pitam
Saya ingin bertanyakan, mula-mula ibu saya mengalami muntah-muntah dan demam. Saya membawanya ke klinik untuk dapatkan rawatan kerana takut keracunan makanan. Sampai sahaja di klinik, doktor cakap yang acid penuh dalam perut ibu saya. Setelah itu doktor memberikan ibu saya ubat demam, acidity, muntah dan angin. Setelah makan ubat yang doktor berikan, keadaan ibu saya semakin teruk. Kepalanya pening seperti mahu tumbang dan tidak bermaya, selepas makan terus muntah muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, muntah boleh diakibatkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Keradangan perut mahupun usus
- Jangkitan kuman pada organ
- Migrain ataupun pening kepala
Muntah yang kerap akan menyebabkan seseorang kehilangan cecair serta garam dalam badan. Hal ini akan mengakibatkan masalah seperti dehidrasi yakni kekurangan cecair dalam badan. Perkara ini meyumbang kepada masalah seperti lemah badan dan tidak bermaya.
Justeru, pesakit dinasihati agar minum air dengan banyak dan pergilah ke hospital terdekat jika perkara ini berlarutan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.