mrabdulrahmanhpjb
6 tahun
Muntah muntah.umur 9thn.berat 23 kg
anak saya berumur 9 thn mengalami muntah-muntah yang berat badan nya 23 kg.boleh kah diberi ubat t domprridone 10mg doktor .adakah ubat ini sesuai untuk kanak2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya ia adalah tanda gangguan atau penyakit tersembunyi.
Anak-anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya kerana muntah adalah tanda penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus), jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.
Untuk mengetahui kesesuaian ubat yang dinyatakan oleh anda terdapat beberapa soalan yang kami harus tanyakan seperti masalah kesihtan yang lain dan sebagainya bagi memastikan keselamatan anak anda sepanjang mengambil ubat tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.




































