
Anonymous
5 tahun
Muntah secara tiba-tiba
kawan saya mengalami muntah secara tiba-tiba bukan disebakan keracunan makanan ataupun apa-apa…perkara ini pernah berlaku kepadanya sebelum ini akan tetapi dalam jangka masa tempoh yang lama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Muntah adalah satu keadaan pembuangan atau penyingkiran isi kandungan perut melalui mulut. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya pulih dengan sendirinya dan tidak berbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ‘stomach flu’.
Keracunan makanan.
Mabuk perjalanan.
Terlebih makan.
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
Jangkitan selaput otak atau otak / ensefalitis (meningitis or encephalitis).
Kecederaan / hantukan pada kepala / otak.
Ketumbuhan dalam otak.
Usus tersumbat / tersekat.
Jangkitan saluran kencing.
Berkenaan dengan masalah yang rakan anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih