
Sulit
3 tahun
Muntah selepas pembedahan apendik
apendik adik sy tlh pecah dan mendapat pembedahan kecemasan di hospital. pihak pakar telah melakukan pembedahan untuk menyuci keseluruhan organ yg telah dijangkiti oleh nanah2. setelah 3 minggu selepas pembedahan, adik sy sakit perut dan muntah yg teruk. setelah merujuk ke hospital, dr hanya mengatakan buang air besar yg tidak lawas dan hanya memberi ubat berak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah adik anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah adik anda. Antaranya adalah:
- Parut pembedahan tersebut tidak pulih sepenuhnya
- Proses inflammasi untuk menyembuhkan usus yang dibedah dalam perut.
- Usus melekat pada tempat pembedahan dibahagian dalam abdomen
- Sembelit
- Infeksi pada organ sekitar apendiks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk adik anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.