
zatuleyma
5 tahun
Muntah tidak berhenti
As salam doc…suami saya disahkan demam virus oleh doc di klinik.skrg suami saya asyik muntah sehingga x boleh mkn atau minum…doc ada bg ubat tahan muntah tp x berfungsi…masih muntah lg…nie hari ke 2 dia muntah… Mcmana dan apa ptt saya lakukan… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, demam virus seperti ini akan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Terdapat kemungkinan ubat tahan muntah tersebut tidak berfungsi kerana suami anda tidak sempat menyerap ubat tersebut dan termuntahkannya kembali.
Bagi memastikan keadaan suami anda tidak semakin teruk, pastikan suami anda minum air secukupnya dan cuba untuk makan agar tidak menjadi semakin lemah atau mengalami dehidrasi. Jika keadaan ini masih berlarutan, bawa suami anda ke klinik agar pemeriksaan dan rawatan selanjutnya boleh diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.