
nafqayyima
3 tahun
Muntah yang berlaku dikalangan anak anak
assalamualaikum doktor ,saya ibu kepada 4 orang anak.pertama sekali …saya nak bertanya jika muntah dikalangan ank anak ini boleh berjangkit .?
ini kerana anak saya yang mula sekali muntah dan cirit adalah anak bongsu saya yang berusia setahun 9 bulan .dia menga;lami batuk dan selsema sebelum tu .jadi saya percyaa selepas beberapa hari.cirit dan muntah itu adalah respon badannya untuk keluarkan kahak.tapi selepas 3 ari.kakaknya yang tak demam .tak selsema pula mengalami muntah ,dan ari ni selang sehari abang nya yang sulung pula mengalami muntah .saya jadi confuse juga sebenarnya .adakah ia ada kaitan dengan sistem perthanan tubuh atau mereka alami keracunan makann? cuma yang bongsu selama muntah tak mahu makan langsung .dan sekarng yang kakak dan abang ,tak berapa lalu makan …saya bekerja dan anak anak tinggal bersama ibu saya,cuma setakat saya tahu .,hanya mereka alami muntah .mak dan abah yang di rumah alhamdulillah tak alami muntah.dan sebagainya/dboleh doktr cadangkan ubat yang saya boleh ambil di farmasi?atau kena terus ke klinik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak