Anonymous
3 tahun
Muscle cramps slps cpr
muscle cramps boleh berlaku x lepas saya cpr pt ? sakit belah kanan perut. mcm mana nk hilangkn selain makan ubat tahan sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Bagi pertanyaan anda tentang sakit di bahagian perut disebabkan resusitasi kardiopulmonari adalah tidak berkaitan. Dan kemungkinan sakit perut di belah kanan disebabkan masalah lain.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih


























