Sulit

3 tahun

Mycoplasma pneumonia

Assalam doCtor . Saya wanita berusia 25 tahun. Pada tahun 2015, semasa sy menjalani praktikal di farmasi hosp gerik, sy telah disahkan dijangkiti mycoplasma pneumonia. Simptom yg sy hadapi ketika itu adalah seperti demam yg tinggi, on off berlanjutan hingga seminggu lebih, batuk, sesak nafas, lemah sendi2,letih nak berjalan walaupun 2 meter je jarak . Admit ward di hosp gerik doc diagnose sy kena kencing tikus. Namun sy ditransferkan ke ward melaka(permintaan kakak) dan doc ckp sy kena mycoplasma pneumonia . Jangkitan kuman paru2. Rawatan mengambil masa lebih dari 2 minggu. Tempoh dr sy start sakit hingga betul2 pulih adalah selama hampir 2 bulan. Selepas itu ada follow up dgn doctor di seremban ( 2nd place pharmacy practikal ) utk liver . Katanya antibiotik yg sy makan sepanjang terima rawatan di melaka mmberi side effect kpd liver. Semasa discharge, doc cakap dgn sy, paru2 sy berparut dan parut itu kekal. Dia larang sy melakukan aktiviti2 lasak seperti hiking dll . Selepas berehat selama 2 minggu di rumah, sy sudah boleh berjalan dgn stabil. Sendi2 sy dah kuat. NAMUN sejak sejak ini, dada sy sebelah kiri selalu sakit tak kira masa . Tidak kerap tetapi 2-3 kali dalam seminggu . Sakit tu macam rasa paru2 dicucuk2. Bila rasa seperti dicucuk, sy jadi tak boleh tarik nafas . Kena tarik nafas pelan2 sbil tahan sakit tu . Rasa sakit tu cuma terjadj ketika sy menarik nafas . Samada selepas sy bercakap dgn laju, berjalan laju, duduk lama, atau baring meniarap ( dada tertekan ) . Adakah parut di paru2 selepas jangkitan kuman haritu penyebabnya ? Dan betul ke parut tu mmg akan kekal dan mengganggu fungsi paru2 kita ? Adakah sy termasuk dalam golongan berisiko covid-19 ? Apa yg perlu sy elakkan sebagai bekas pesakit mycoplasma pneumonia ? TQ Doctor .

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada sakit dada yang anda rasakan tersebut berkaitan dengan masalah parut di paru-paru anda atau tidak. Banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan yang harus dijalankan.

Namu, parut tang terjadi sememangnya akan kekal selama-lamanya dan ianya boleh menganggu fungsi paru-paru. Hal ini kerana parut ini menyebabkan tisu di sekitar dan di antara kantung udara (alveoli) di paru-paru menebal. Hal ini menyukarkan pertukaan oksigen dan karbon dioksida untuk antara saluran darah dan alveoli. Oleh disebabkan itu, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti yang memerlukan oksigen yang yang banyak kerana takut paru-paru anda tidak dapat menampung.

Oleh itu, anda dikira golongan yang berisiko. Hal ini kerana anda sudah ada masalah paru-paru yang mendasari. Nasihat saya, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus

  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang

  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah

  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Palpitations

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)