
alyamegumi98
5 tahun
Nadi berdegup dengan laju
Saya wanita berusia 22 tahun. Saya baru mengetahui saya ada masalah depression tapi semua nadi saya sentiasa berdegup dengan laju sehingga saya merasa tidak selesa. Nadi di leher. Jantung dan tangan. Saya juga kerap rasa sakit di bahagian tangan dan rasa seperti dicucuk di dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, nadi menggambarkan fungsi jantung dan kecergasan kardiovaskular anda. Nadi diukur normal berdasarkan julat dan aktiviti yang mana nadi normal sewaktu berehat adalah sekitar 60-100 kali per minit, sedangkan nadi yang normal sewaktu beraktivti pula biasanya meningkat tergantung keberatan aktiviti anda.
Beberapa kondisi kesihatan diketahui dapat diiringi dengan nadi yang laju seperti:
- masalah tiroid
- sakit jantung
- akibat ubatan
- akibat pemakanan serta minuman seperti kafein dan alkohol
- ketidakseimbangan elektrolit
Merujuk kepada keterangan anda, ia adalah bersifat subjektif. Justeru, sila pastikan lagi nilai denyut nadi anda. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak doktor jantung kami melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!