
Sulit
2 tahun
Nadi laju ketika tukar posisi
saya seorang ibu kepada 2 cahaya mata,berumur 28 tahun ,berat 50kg dan ketinggian 150cm…saya mempunyai masalah dimana nadi saya laju ketika ubah posisi samada dari baring@duduk ke berdiri dan akn kembali normal dlm beberapa saat jika saya berehat…ketika berjalan biasa nadi saya berubah2 kadang 110 kadang 90 ±…dan ketika ambil makanan berat nadi bacaan dalam 112±…bacaan nadi saya ketika rehat dalam 60-70 per minit …adakah yg saya alami ini normal atau sebaliknya…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, nadi menggambarkan fungsi jantung dan kecergasan kardiovaskular anda. Nadi diukur normal berdasarkan julat dan aktiviti yang mana nadi normal sewaktu berehat adalah sekitar 60-100 kali per minit, sedangkan nadi yang normal sewaktu beraktivti pula biasanya meningkat tergantung keberatan aktiviti anda.
Beberapa kondisi kesihatan diketahui dapat diiringi dengan nadi yang laju seperti:
- masalah tiroid
- sakit jantung
- akibat ubatan
- akibat pemakanan serta minuman seperti kafein dan alkohol
- ketidakseimbangan elektrolit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.