Sulit
3 tahun
Nafas anak berbunyi seperti ada kahak
Salam sejahtera dr…dr sy mempunyi bayi berusia 3bulan…masalah sy… apabila
Bayi bernafas ade bunyi seperti ada kahak…tetapi bayi sy tk mengalami demam,sesema @ batuk…adakah bunyi kahak di sebabkan ada masalah pada paru2 bayi…untuk maklumat dr…semasa bayi sy di lahirkan bayi sy mengalami seplicemic shock…bayi sy ade masalah paru2…pernah intubated…pernah tambah darah…itu yg membuatkan sy risau…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kahak bayi anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara sebab sebab berlaku keadaan sebegini adalah:
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Keradangan bronkus
- Jangkitan kuman pada bronkus
- Asma
- Tanda penyakit kronik
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Disebabkan oleh sejarah perubatan bayi anda, saya menasihatkan anda untuk membawa bayi anda berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan yang lebih terperinci. Saya tidak boleh menyimpulkan apa apa diagnosis kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.