
Anonymous
5 tahun
Nafas baby berbunyi - bayi tiada masalah batuk atau selsema
Anak saya berusia 8 bulan. Beberapa bulan lepas saya dapati nafasnya berbunyi ’ wheezing’ sama ada ketika tidur atau tidak.dan bunyi tersebut berterusan hingga sekarang. Anak saya tiada masalah batuk atau selesema. Saya sudah berjumpa 3 orang doktor Dan setelah di check, doktor mengatakan anak saya tiada apa2 masalah. Tapi saya masih bimbang kerana bunyi tersebut masih ada Dan kadang2 makin kuat atau bunyi seperti wisel. Macam mana ya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti sejarah kelahiran dan kesihatan, adakah kali pertama anak anda mengalami simtom tersebut? Adakah ia menganggu tiduran anak anda ? dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Jikalau hal ini berterusan anda amat disarankan untukmerujuk hal ini dengan pakar obstektrik untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk mengekalkan komplikasi pada masa hadapan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.