Sulit
3 tahun
Nafas bayi 2 bulan laju
Doc, anak saya baru discharge setelah 47 hari di nicu, lahir pada usia kandungan 31w berat 1.48kg, berat masa discharge 2.12kg… sekarang umur anak saya adalah 65 hari (Correted age 5 hari)…anak saya sihat,tidak ada demam batuk atau selsema… anak saya ada masaalah lubang yg belum tutup di jantung… doc cakap lubang itu akan tutup sendiri bila dia semakin membesar…
saya monitor nafas anak saya,nafas dia 48/minit, kadang-kadang 55/minit… adakah ini normal atau anak saya ada masaalah pernafasan…perlukah saya ke hospital… terima kasih doc
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kadar pernafasan bayi yang baru lahir adalah di sekitar 30 hingga 60 per minit. Namun jika terdapat masalah pernafasan anda perlu segera ke klinik atau hospital seperti:
- Kadar pernafasan melebihi 60/minit
- Flaring (lubang hidung berkembang setiap kali bernafas)
- Kulit menjadi biru
- Nafas bayo berbunyi (mendengus)
- Dada melekuk dengan setiap pernafasan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.