
Sulit
4 tahun
Nafas bayi saya bunyi, semasa dia tidur sahaja
Bayi selalu nafas bunyi dan laju, bunyi macam hurm hurm hurm , apa yang saya perlu buat?? Ke normal sahaja?? Sbb bayi baru lepas kelua dari pada hospital shah alam…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini tetapi disebabkan kami tidak mempunyai maklumat lengkap tentang keadaan anda kami tidak boleh memberikan kesimpulan yang sempurna dalam hal ini. Kami perlu mendengar bunyi tersebut secara fizikal bagi menentukan keadaan dan punca sebenar masalah tersebut berlaku. Kami sarankan anda untuk menghubungi semula doktor dan hospital ditempat bayi anda dilahirkan kerana mereka mempunyai maklumat yang lengkap mengenai status kesihatan bayi anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.